KETIKA ramai orang dibuai mimpi, mekanik jalanan, King CDT sedang tekun membaiki motosikal pelanggannya di kaki lima kedai di Bandar Jengka Pahang walaupun hujan renyai dan waktu sudah menunjukkan pukul 3.45pagi.
King CDT, 25, yang sudah berpengalaman selama 4 tahun menjadi mekanik jalanan antara lain menyediakan perkhidmatan membaiki motosikal seperti membaiki enjin, tayar pancit, palam pencucuh,mengecat dan masalah mekanikal.
Beliau memilih untuk bekerja dalam bidang tersebut kerana ingin membantu orang yang dalam kesulitan terutama pada waktu malam di sekitar bandar jengka pahang.
"Niat saya kerja malam, nak tolong orang, duit itu kemudian, yang penting kita tolong dulu," katanya kepada Bernama di jengka, Pahang baru-baru ini.King CDT berkata, menjadi mekanik jalanan memberikan lebih kepuasan kepadanya kerana beliau dapat membantu orang secara terus.
Beliau juga tidak kisah berkerja di kaki lima, di tempat gelap, berhujan dan berpanas bagi mendapatkan rezeki yang halal.
"Biasanya pelanggan menghubungi saya melalui chat whatsapp atau berjumpa di salah sebuah stesen minyak di bandar jengka kerana saya biasanya berada di situ sementara menunggu pelanggan," katanya.
Beliau menggunakan motosikal ketika menjalankan kerjanya kerana lebih mudah bergerak terutama jika pelanggan itu berada di kawasan yang sukar dilalui kereta.